Faktor kuasa (Power Factor)

Merupakan penilaian sesuatu barangan elektrik dimana ia membandingkan kuasa yang diperlukan oleh peralatan tersebut dengan kuasa sebenar dari bekalan.Dalam erti kata lain,mendapatkan pengesahan samada wujudnya perbezaan kuasa masukan dengan keluaran.
Perbezaan ini sebenarnya menunjukkan perbezaan fasa bagi kedua-dua kuasa tersebut.

Ini berlaku kerana faktor semulajadi yang terdapat didalam gelung(coil),kapasitor dan rintangan didalam sesuatu peralatan elektrik tersebut.
Majoritinya,kebanyakan barangan elektrik terhasil daripada penggunaan gelung(coil)yang boleh kita lihat didalam motor elektrik,lampu,peti sejuk,television dan sebagainya.
Adalah menjadi sifat gelung untuk melawan arus didalam litar dengan cara melambatkan(lagging)arus sebenar.

Oleh kerana sifat ini,supaya arus sebenar dapat diperolehi,pihak T.N.B perlu menambahkan lagi arus supaya ianya sama dengan arus yang diperlukan oleh barangan elektrik kita.Sekiranya pihak T.N.B tidak menambah arus ini,maka peralatan elektrik rumah kita tidak akan dapat berfungsi seperti yang kita mahu.

Efficiency kuasa (Power Efficiency)

Lebih mudah klu diterangkan sebagai penggunaan kuasa secara maksimum tanpa pembaziran.Bermaksud sekiranya barangan elektrik kita menggunakan 10 watt kuasa jadi elektrik yang digunakan juga adalah 10 watt.Tetapi malangnya kebanyakan peralatan elektrik terutama rumah kita tidak begitu.Peralatan rumah kita kebanyakannya memerlukan kuasa yang lebih untuk menampung kuasa sebenar peralatan tersebut.

Oleh kerana itu pihak T.N.B (Tenaga nasional Berhad) perlu menokok kekurangan kuasa ini dan secara teorinya adalah bil elektrik rumah anda juga akan meningkat.

Oleh kerana itu,suruhanjaya tenaga telah memperkenalkan "rating" untuk setiap barangan elektrik dimana anda sering melihat pada dinding hadapan barangan elektrik anda bertulis "5 bintang " untuk efisiensi kuasa.

Namun kebiasaanya,lebih baik sesuatu barang itu maka harganya juga akan meningkat kerana untuk mendapatkan kesan penjimatan itu,pihak kilang yang mengeluarkan barangan tersebut perlu berbelanja lebih dan melakukan kajian supaya penjimatan yang di war-warkan oleh mereka benar-benar wujud.

Apa itu elektrik?

Elektrik merupakan pergerakan elektron bebas yang terhasil daripada pemotongan urat daya magnet secara berterusan.Pergerakan ini menyebabkan electron-electron bebas bergerak secara sehala dan pergerakan ini menghasilkan d.g.e(daya gerak elektrik) dimana elektrik terhasil."Volta" merupakan manusia pertama yang berjaya menghasilkan elektrik.

Secara mudahnya adalah seperti dynamo basikal(dicipta oleh michael faraday)yang kita kayuh dan menghasilkan cahaya lampu,apabila kayuhan menjadi semakin perlahan jadi cahaya yang dihasilkan di mentol juga menjadi semakin malap.Secara ilmiahnya,Elektrik ini boleh dicipta tetapi tidak boleh dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.